Assalamu'alaikum~
Kali ni nak cerita tentang pengalaman aku di GiatMARA~ (Obviously, macam tajuk di atas :P)
Eceh, pengalamanlah sangat, setakat baru sebulan menuntut di situ~
Pertama sekali, aku ambil kursus Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan atau nama glamornya, TBMK di Giat Paya Besar, Kuantan~ Tempatnya dekat benor dengan pejabat Mak aku, hahah, jadi mudah lah nak pergi dan balik.
Mula-mula nak masuk tu, memang rasa berat sangat, mengalahkan berat nak bangun dari katil yang empuk~ Minggu pertama cuma minggu orientasi jer, macam sesi suai kenal gitu lah~ Dari sesi tu, rupanya banyak peringkat umur yang masuk Giat ni, ada yang paling muda, 15 tahun dan yang paling tua, 32 tahun kalau tak silap, (dah kahwin, ada anak pun).
Minggu kedua tiba. Kelas pun bermula. Debaran melanda. Pagi tu, ada perbarisan, macam perhimpunan sekolah dulu lah~ Dimulakan dengan kawad, bacaan doa dan tafsir Al-Quran, serta taklimat daripada para pengajar. Masa perbarisan ni, baju kena 'tuck in', jadi aku memang nampak kelakar gila lah xD
Kali pertama aku melihat kelasnya. Ingatkan masuk kelas, rupanya terus pergi bengkel, belajar asas, semua benda kitorang buat di bengkel itulah jugak.
![]() |
| Inilah bengkel itu~~ Terbuka, itu yang best tu, berangin jer~ |
![]() |
| Di bengkel |
![]() |
| Teman2 seperjuangan xP |
![]() |
| Di spray booth~ |
![]() |
| Masih di spray booth xP |
![]() |
| Kereta Kancil ini bakal dicat warna kelabu, sekarang sudah siap pun ^_^ |
![]() |
| Kantin GiatMARA, sebelah bengkel kitorang je xP Boleh lah curi2 minum sikit, heheh. (Banyaklah :P) |
![]() |
| Kereta Wira yang hampir siap~ |
![]() |
| Pelangi yang mengelilingi matahari a.k.a. Sun Halo~ Cantik bila nampak depan mata kepala sendiri, wahhh~~ Subhanallah~ |
Alamak, TERbanyak pulak post~ :P
[Part 2 coming soon!]
# Share the experience that you have, maybe others need it more than you do xP












0 orang comel:
Post a Comment
Jom kita ramai2 komen, jom!