RAKUEN I NIKKI

TENGOK APA TUUU??

11 March 2015

Apa Nak Dibuat... (1)

~Assalamu'alaikum~

Ini sebenarnya kisah pasal hari... Hmm... (Eh? Bila eh? Selasa kott) Okay Selasa, 10 Mac 2015 (Ulangtahun Hari lahir Carrie Underwood! Hehe) 

Hari ni aq rasa terlebih bosan, jadi aku pun pergi lah melawat orang tu. (Eceh, padahal dah berapa hari entah tangguh perkara ni) Tunggu tunggu, tak jadi. Tunggu lagi, ada hal pulak, haihh, jadi, Alhamdulillah, tiba jua harinya.

Okay, hari ni tiba. Tapi pagi tu aq tidur balik, mweheheh. Pukul 11 baru bangun, kalau tak silap. Pastu teringat nak buat apa, terus je makan cepat2 dan mandi dan siap2~ 
Dah nak bertolak tu, tetiba je terfikir nak bawak buah sikit, sebab dia memang suka buah (agaknya lah, sebab setiap kali aq nampak dia makan buah, memang tiada noktah makan xD). 

Aku pun keluar dari rumah. Semasa aq tunggu bas di hentian bas, angin punya lah kuat, rasa macam ada kat pantai pulak, hahah. Lepas tu, hampir setiap orang(kebanyakannya budak sekolah), pandang je aku. Aku fikir, mesti rambut aq rosak ni. Tapi ternyata tak pun, jadi, entahlah. Muka aku pelik kot, hahah.

Seterusnya, aku sampai berhampiran stesen minyak(tempat kerja dia) tu. Aku ragu-ragu sekejap, "Aku ni biar betul, kenapa dengan aku ni?" Tapi aku melawannya, "Biar menyesal melakukan, bukan menyesal terlepas."
Jadi aku pun pergi je lah. 

Bersambung.... 
(heheh, takut panjang sangat lah, nanti ya! Ahaks~ *peace*)

# It's better to take a chance, than regretting you did not.



Jangan malu2 nak komen tau!

0 orang comel:

Post a Comment

Jom kita ramai2 komen, jom!