RAKUEN I NIKKI

TENGOK APA TUUU??

1 August 2023

Nora dan Alwani - Kau Tetap Kekasihku (lirik)


Dalam berjuta gambaran cinta

Hanya kamu menyentuh jiwa

Kasihmu membuat mataku terlena dalam jaga


Kau lafaz kata perpisahan

Walau bukan relanya hati

Ku ditinggal keseorangan

Ditemani rasa sunyi


Sebak terasa dalam tawa

Sentuhan kasih masih ada

Aku sisip harapan cinta

Dalam doa sujud hamba


Namamu aku seru dalam nada rindu

Tanpa rasa ragu engkau kekasihku 

Tiap masa merindumu

Tersedar dari alpa, kau kembali jua

Selamanya indah dengan restu semua

Kita berbahagia


Dalam nada rindu

Tanpa rasa ragu


Sebak terasa dalam tawa

Sentuhan kasih masih ada

Aku sisip harapan cinta

Dalam doa sujud hamba


Namamu aku seru dalam nada rindu

Tanpa rasa ragu engkau kekasihku 

Tiap masa merindumu

Tersedar dari alpa, kau kembali jua

Selamanya indah dengan restu semua

Kita berbahagia


Tabahku kerana dia, janji tetap setia

Walau gundah, kutempuhi


Namamu aku seru dalam nada rindu

Tanpa rasa ragu engkau kekasihku 

Tiap masa merindumu


Dalam berjuta gambaran cinta


Kau tetap kekasihku...


Jangan malu2 nak komen tau!

6 November 2020

Permainan Video Nostalgiaku

 ~ ASSALAMU'ALAIKUM ~


Kali ni nak kongsi tentang video2 game yang aku main masa dahulukala (yang mana ingat lah). Kita dulu ada PC je, takde gameboy ke, PS ke, XBox ke, hahaha, jadi semua game2 ni PC punya. 


Mana ada laptop dulu2 haha

1) Pico's School (1999)


Game ni muzik dia berhantu weyh, sampai tak boleh tidur malam dibuatnya hahaha. Durasi game dalam 10 minit je. Budak rambut syaiton (Cassandra) dah tembak semua orang kat sekolah, jadi budak rambut oren (Pico) kena hentikan dia. Bukan MAIN tembak2 ya, ini BETUL2 punya tembak hahahaah. Sangat gore, rasanya kalau game ni keluar waktu ni, memang kena kecam, dahlah banyak kes school shooting~ 

2) Catch The Sperm (2001)


Ya betul, cara main dengan tajuknya memang sama, haha, iaitu kena tangkap sperma dengan kondom sebelum dia terlepas berenang ๐Ÿ˜† Katanya tujuan game ni adalah untuk menambah kesedaran penggunaan kondom bagi mengurangkan penyebaran HIV. Tapi kita mana faham apa2 dulu hahahaha main tangkap je 'berudu2' ni hihi. 

3) Feeding Frenzy (2004)


Yang ni rasanya ramai pernah main. Kita main sebagai ikan, kena makan ikan kecil yang lain, dan lama2 kita membesar~ Tapi dalam masa yang sama, kena elak daripada DImakan! Dapat lah merasa hidup dalam laut kan hehe. ๐ŸŽถ Bagaikan diriku tapak sulaiman ๐ŸŽถ  Eh tiber. 

4) Granny In Paradise (2005?)


Personal favourite! Hehe. Sampai keluarga ajak makan pun mintak tunggu jap, nak selamatkan kucing dulu hehe. Itulah dia, kisahnya seorang Nenek yang nak selamatkan kucing2nya daripada dimakan raksasa~ ๐Ÿ˜‹ Yang paling best bila menang tu, Nenek boleh pulak menari lagu YMCA~ Aduii tak tahan betui ๐Ÿ˜‚

5) Cute Knight (2005)



Game ni nampak luarannya girly sikit, tapi format dia agak menarik dan unik. Kita jadi budak perempuan yang hilang ingatan, jadi kita kena cuba cari hidup lama kita, ataupun mulakan hidup baru. Ada banyak ending, semua bergantung atas pilihan2 kita nanti. Boleh jadi puteri, tukang masak, rahib...aku pernah terjadi pengemis pulak, hadomak! ๐Ÿ˜ญ


......................................................

Lima je dah dulu ya..  Lain kali pula~


Nah, nikmatilah persembahan 'Still Loving You' ini~




Tergolek2 kita dengar dulu tau~ ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Jangan malu2 nak komen tau!