~Assalamu'alaikum~
3/3/2015
Tarikh yang digentari oleh sebahagian besar kanak2 yang mengambil SPM 2014~ Tapi bukan saya. Huhu, kerana saya redha dengan keputusan yang akan diperoleh.
Okaylah, bosannya penggunaan perkataan di atas tu, haha. Sebenarnya, aku tak mengharap sangat. Aku cuma bayangkan dua senario :-
1) Dapat keputusan yang teruk. Pasrah. Bersyukur.
2) Dapat keputusan yang baik. Sedih. Redha.
Ternyata aku dianugerahi senario kedua. Haaa, aku ni memang pelik sikit. Memang aku sedih dan aku redha dengan takdir itu. Sebabnya, mak aku akan lebih berharap untuk aku masuk ke Universiti.... Dan kerana... aku telah dilanda... istidraj.
Itu saja yang aku nak cakap. Aku yakin dengan apa yang telah berlaku padaku. Dan semuanya salahku. Kesilapanku.
Apapun....
Gembira jugak dapat jumpa kawan2 lama, hahah. (Lama lah, 4 bulan tuu :P) Orang yang tak pernah peluk aku, peluk. Yang tak pernah aku dakapi, aku dakapi. Ada seorang tu, pelukan dia selalu kuat, hahaha, dan aku akan merinduinya selalu. (Ataupun tak kuat pun sebenarnya, aku yang kurus sangat xD)
Dapat juga kuluahkan rasa bersalah yang terpendam kepada rakan karib lamaku itu, huhu. Penghargaan kepada beberapa cikgu2 juga dapat kulaksanakan. Tapi sayangnya, tak dapat jua diucapkan kata2 yang terbuku kepada yang tercinta, hahah (poyonya ayat). Tak berkesempatan nak ucapkan betapa aku berterima kasih kat dia.... Haihh.....
Balik rumah tu, wahh, rasa lega sebab dapat buat hampir semua yang aku nak lakukan pada hari itu. Mak pulak belanja karaoke, hahah. Masa tengah merosakkan keseimbangan bunyi kat dunia ni, Mak Long telefon Mak. Maka tersebarlah berita mengenai keputusan SPM ku itu.
Aku.... Aku tak tahu nak rasa apa. Semua handai dan taulan menganggap kecemerlanganku adalah hasil daripada kerja kerasku. Namun... Itu semua palsu. Dusta. Hanya Tuhan yang mengetahui perkara yang sebenarnya.
Tak banyak gambar yang aku simpan, huhu. Yang di atas ni pun aku ambil dari WhatsApp je, hihih. Btw, yang baju merah hitam tu, macam dia ni tak? Hehhe.
Personaliti dia dalam Fated To Love You sejibik dengan kawan aku tu, baik hati, suka ambil berat dan selalu tolong orang. (pada pendapat aku lahh, heheh)
# We always learn to appreciate things after they are gone, but too bad, then it's too late.







0 orang comel:
Post a Comment
Jom kita ramai2 komen, jom!