~Assalamu'alaikum~
Malam itu, berlangsung pula kenduri aqiqah. (Sempena bayi2 Alissa Naurah & Arsyad Armani). Kami tiba ke rumah tersebut dan terus membantu persiapan majlis itu. Beberapa kaum wanita berada di dapur, memotong tembikai, membancuh air, membasuh pinggan mangkuk, dan pelbagai ragam lagi! Lelaki2 kebanyakannya berada di luar~ Tugas aku sekadar meletakkan botol mineral di atas setiap meja, hahah. (Susah tau, nak pastikan botol tu ada betul2 di tengah meja, barulah kemas! xP) Lepas tu, aku dapat kerja mudah lagi (yayy) iaitu meletakkan kotak paf krim ataupun profiterole (sama ke? Entahler xP) di atas meja bufet. Itu baru persiapan SEBELUM majlis, belum SEMASA dan SELEPAS! Haaa ewau bule, ewau bule, teraju tigo~~
SEMASA lah yang paling dahsyatt~~ Kerja aku kali ini pula ialah.... menggantikan kotak paf krim yang telah habis dengan yang baru! Hebat kan?! xD Dalam 1 jam kenduri dilangsungkan, Alang mulalah mempromosi aiskrim Naurah nya, hahah. Jeng jeng....
Masa kehabisan kon, aku panik dan terus berlari(-lari anak xP) ke dalam dan mendapatkan kon lagi. Aku cuba menggunting dan seperti biasa, aku tak berjaya, hahah. Aku tak tahu apa persengketaan aku dengan gunting sampai ada pak cik tu tegur sebab tak pandai guna gunting~ hahah. (Tak ingat pulak beliau cakap apa) Akhirnya, aiskrim habis diberi~ Dahsyat betul, tiga bekas aiskrim iaitu perisa strawberi, pudina dan jagung habis! Licin! Sampai ada yang tak sempat nak ambil pun, sebab terlewat sikit datang. Yang sayangnya, pengantin baru pun tak berkesempatan merasa, hahah. Tak apa, nanti datanglah Klang, makanlah sepuas-puasnya, hahah.
Kenduri pun selesai. Tamat. Habis. Penghujung. Masa untuk berkemas! (fuhh!) Saki-baki lauk yang tinggal dimasukkan ke dalam 'saki-baki' bekas yang ada di rumah itu. (banyak bekas yang digunakan) Barang2 milik Mak Long yang selesai digunakan dibasuh dan disimpan. Meja2 dikemas. Lampu ditutup. Proses pengemasan meja dibantu oleh Pak Usu Fauzi dan dua anaknya yang masih di sekolah rendah, Haris dan Haziq yang tolong mengetepikan meja dan kerusi bagi memberi laluan kepada kenderaan. Semasa aku tengok Pak Usu dan anak-anaknya angkat meja tu sama-sama, aku kagum. Aku terharu. Rasa macam, apabila keluarga bersatu, semuanya dapat dilakukan. Ahh, ketika itu, hatiku yang kian terhakis ini terasa tenang di lubuknya.
Masa Pak Usu F (hehe, suka hati je) dan keluarganya nak balik, aku cakaplah kat Pak Usu, "Terima kasih lah Pak Usu tolong kemas2 tadi." Pak Usu balas, "Hahaha, itu jelah yang dapat Pak Usu tolong pun. Sikit2 je." Ahh, sekali lagi, haru hati ini. Timbul keyakinan bahawa masih ada hati manusia yang suci murni~ (Entahlah, perasaan aku ni memang agak aneh :P)
Sebenarnya aku agak berang dengan orang2 yang tidak membantu mengemas kerusi meja tu. Sedangkan Pak Long dah minta tolong dah untuk mengemas luar. Tapi ramai hanya duduk saja, melihat gajet2 dan bermain dengan bayi. Aku cuba ambil positif dengan memikirkan bahawa mereka keletihan, tapi tak berhasil. Aku merasakan mereka tidak sepatutnya membiarkan saja tetamu(walaupun saudara-mara) yang mengemas majlis keluarga mereka sendiri. Ahli keluarga mereka yang membantu hanya ada lebih kurang tiga saja, itu pun semua wanita (kalau tak silap).
APAPUN, terima kasih sangat2 kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini~ \(^_^)/
# Jika sesiapa memerlukan bantuan, hulurkanlah tanganmu dan sekurang-kurangnya CUBA untuk mengurangkan bebannya.

0 orang comel:
Post a Comment
Jom kita ramai2 komen, jom!