~Assalamu'alaikum~
Hari pemergian? Hahah, sebenarnya hari ni hari Kakak kesayanganku dan Abang kecintaanku(geli lah pula, hahah) pulang ke Selangor untuk kembali berkhidmat untuk negara~ Hahah, tak adalah sampai jadi tentera atau askar~ (belum lagi xP)
Sebenarnya, sepatutnya, seharapnya, hari ni ialah hari latihan memandu aku~ Latihan tu seharusnya bermula seawal pukul 8~ Jadi aku siap-siap lah. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai En. B(bukan nama sebenar)~ Tetiba dalam pukul 9 lebih, dia telefon, dia maklumkan, hari ni institut tu tutup lagi, sebab Hari Raya China (Gong Xi Fa Chai)~ (Kuang3~) Jadi dia suruh ambil minggu depannya, jadi aku tanpa ragu-ragu bersetuju.
Beberapa jam kemudian, Kakakku menyedarkan aku, bahawa minggu depannya itu, aku tiada di Kuantan, kerana perlu balik ke kampung sebab ada sepupu kahwin~ Jadi, aku tanya En. B :-
AKU : En. B, boleh tak saya ambil latihan tu hari Rabu?
EN. B : Tak boleh, sebab cuma boleh hari Sabtu atau Ahad~
Beberapa jam kemudian, Kakakku menyedarkan aku, bahawa minggu depannya itu, aku tiada di Kuantan, kerana perlu balik ke kampung sebab ada sepupu kahwin~ Jadi, aku tanya En. B :-
AKU : En. B, boleh tak saya ambil latihan tu hari Rabu?
EN. B : Tak boleh, sebab cuma boleh hari Sabtu atau Ahad~
Jadi terpaksalah, aku ambil minggu selepas minggu depan, hahah. Nak buat macam mana, dah nasib badan, hahah.
Akhirnya, keadaan kembali sunyi~ (T_T)
Mak nak pergi ke Kuantan Parade untuk cari... perkara biasa wanita, hahah, tudung, baju~~
Jadi aku ikut je lahh, mana tau dapat apa-apa habuan dalam proses itu, heheh. Tadi dapat minum air soya! Yeah3~~ *menari gelek*
Macam2 tempat wanita lah pergi, tapi Mak kata barang kat sini tak banyak yang bagus2 dah~ Dah lah harganya menaikkan darah ke kepala, hahah.
Sempat jugak belajar memandu tadi dengan Mak, heheh. Okay lah sikit dah buat pusingan-U, hihih. Balik tu, rehat2, lepak2, (tapi tak tidur! Yang mana sangat mengejutkan)~
# Rancanglah masa depan anda dengan teliti tanpa sesalan.
# Beli apa yang perlu, bukan yang dimahu!! Huhuh.
0 orang comel:
Post a Comment
Jom kita ramai2 komen, jom!