RAKUEN I NIKKI

TENGOK APA TUUU??

14 September 2013

Tak Tau Lahh Nak Buat Tajuk Apee~~

% ENTRI INI SEPATUTNYA DIPOS SEMINGGU YANG LALU, TAPI TUAN PUNYA BLOG NYANYUK, PERGI 'DRAFT' KAN JE :P %



Assalamu'alaikum~

Aku sebenarnya tak tau dah nak post ape~ So aku main tulis je lahh ye, nasib lah korang~~ Hahahhah

Hari tu ada Tang Songsaeng-nim(Teacher Tang) *aku koya cakap Korea sekarang :P* masuk kelas aq, dia relief je~ Ish, kalo dia mengajor aq kan, kitorang buat salah sikit pun, contohnye kitorang terjatuhkan pensil ke, walaupun terbatuk pun rasenye, beliau konpem bagi ceramah hok 30 minit bersama Cikgu Tang punye lahh~ Hahahaha (gurau jee) Dia kan kaunselor, mestilah dia kena jalankan tanggungjawab dia~~
Okay, enough describing her, back to the story~ Dia masuk2 je, dia bagi satu kertas ni, borang kaji soal selidik ke hape ntah~ Dia suruhlah kitorang jawab~ Pastu kat belakang kertas tu, dia suruh isi berapa markah kita berdasarkan borang tu lah. Dia ada tiga jadual, kemurungan, anxieti, dengan apa ntah lagi satu, hahaha aku pun dah tak ingat~~ 
Lepas aku isi2 markah tu, aku tengok markah kemurungan aku 16! (Per berapa aku tak ingat lah pulak) Tapi kiranye markah 16 tu tinggi lah jugak berbanding orang lain :P Aku pun tak tau apa yg aku murung sangat~ Aku rase hidup aku lebih senang daripada orang lain yg aku nampak~ (Alhamdulillah) 

Pastu dia beliau mintak aku tolong kutipkan kertas2 tu~ Dah kutip, aku pun serahkan lah kat dia. Pastu aku gurau lah, aku kata "Teacher jangan baca pulak, hehehe." Pastu dia jawab dengan panjang lebarnya, "Memang saya tak nak baca pun. Kamu je salah faham. Kenapa kamu tak nak bagi saya baca? Kamu ada rahsiakan sesuatu ke? Kamu tak percaya kat saya?"
Hah engkau! Aku sampai terkelu lidah aku masa tu, memang aq tak tau nak cakap apa. Kita cakap sepatah, dia celoteh segunung. Pastu dia cakap lagi, "Bila awak ada masalah, awak ada siapa? Dekat siapa awak luahkan?" Aku tersentak sedikit lalu berkata, "Takde sape, Tuhan!" Dia cakap, "Tuhan? Siapa lagi?" "Mak saya je lah kot" "Mak awak? Oh, ok".


Aku ingat dia tersentak masa aku balas "Tuhan!" tu, last2 aku yang tersentak lagi dengan respon dia yg "oh, ok" tu~ Sebenarnya, masa tu aku rasa macam rapat sikit dengan dia bila dia cakap macam tu, sebab aku rasa macam ada orang memahami aku~ Oh, seronoknya perasaan tu.... :)

^o^


Jangan malu2 nak komen tau!

0 orang comel:

Post a Comment

Jom kita ramai2 komen, jom!