Kenapalah manusia sekarang asyik fikir negatif je tentang orang? (Negatif ni bukan 'biru' ya :P) Tak boleh ke fikir positif, yang baik-baik... Ni asyik nak berprasangka buruk je, semua benda nak kritik, ini salah, itu salah.
Contoh situasi :
Perempuan umur 17 tahun mengandung.
Pendapat (-)
Eeee, tengok pompuan miang tu, tak cukup umur lagi dah menggatal dengan laki, kan dah terlanjur!
Pendapat (+)
Mengandung? Hmm... Mungkin dah rezeki dia dapat anak awal kan? ^_^ ATAU
Mungkin dia dirogol dan dia terpaksa mengandungkan anak luar nikah itu dan menjaganya walaupun dia terpaksa mengorbankan maruahnya dan menanggung malu kerana dia tahu anak itu tidak bersalah.
Baru-baru ni kan, Ustaz Azhar Idrus a.k.a. UAI kahwin isteri ketiga pulak kan? Yang pikir positif yang kata "Memang dah jodoh mereka berdua, lagipun sudah mendapat restu daripada kedua-dua isteri sebelumnya ^_^"
Tapi yang pikir negatif? Yang menyedihkan ialah sangat ramai yang berprasangka buruk dengan perkahwinan ini. Ada yang kata "Ustaz ni miang lah, ikut hawa nafsu betul!", "Ustaz kata kalau ikut sunnah nabi kawin dengan janda yang hidupnya susah, tapi Ustaz sendiri?!" Astaghfirullahal'azim, pemikiran sebegini hendaklah dijauhi. Nauzubillah, semoga mereka ini diberi hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.~ Amin....
Tapi yang pikir negatif? Yang menyedihkan ialah sangat ramai yang berprasangka buruk dengan perkahwinan ini. Ada yang kata "Ustaz ni miang lah, ikut hawa nafsu betul!", "Ustaz kata kalau ikut sunnah nabi kawin dengan janda yang hidupnya susah, tapi Ustaz sendiri?!" Astaghfirullahal'azim, pemikiran sebegini hendaklah dijauhi. Nauzubillah, semoga mereka ini diberi hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.~ Amin....
Saya ada baca kat Facebook "Umur 40 ke atas sepatutnya menangis memikirkan amalan adakah mencukupi untuk ke Syurga Allah, bukannya menangis bila tersingkir dlm Pertandingan _________."
Saya kurang bersetuju dengan cara si 'X' ini. Sememangnya
benar kata X itu, orang yang sudah lewat umur memang patut memikirkan cukupkah bekalan amalannya untuk dibawa ke akhirat, tetapi tidak perlulah menyebut ayat di akhir itu, "bukannya menangis bila tersingkir dlm Pertandingan________"
Cubalah memikirkan hal ini dengan positif, kemungkinan mereka bukan menangis kerana mereka kalah dan tersingkir dalam pertandingan tersebut, tetapi mereka menangis kerana mereka terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan mereka. Suatu hubungan yang rapat pasti telah terikat setelah beberapa minggu bersama-sama rakan-rakan dan mentor-mentor dalam pertandingan itu. Itulah adat perpisahan. Ada yang meninggalkan dan ada yang ditinggalkan. Dan kedua-duanya tidak lepas daripada perasaan sedih dan ingin menangis.
# In this post, you must think that I'm exaggerating. I know I am, but I still just can't let it go.
# Don't judge other people if you don't know the whole story
0 orang comel:
Post a Comment
Jom kita ramai2 komen, jom!