RAKUEN I NIKKI

TENGOK APA TUUU??

4 November 2020

Otak Terbalik

 ASSALAMU'ALAIKUM






Maaf, semalam ingat nak post, tapi lepas makan malam, tertidoq teruih, adoii.. Penat mengarang blog semalam kot, tsk tsk.

Alkisah 04/11/2020


Hari ni ada senarai untuk dibuat/dibeli
iaitu:-

Eceh, padahal boleh je tulis 😂

Takdelah banyak sangat, cuma saja cari alasan nak keluar, hehe. Jadi mula dengan yang paling penting, minyak dan angin... Tayar belakang dah pancit teroks dah, huhu. Terpaksa isi angin dua kali seminggu dua minggu sekali.. Pergi servis hari tu, dia cakap tak de apa2 masalah, jadi hmmmm..... 




Apapun, dah siap pam angin, mesin tu dah "Tet, tet, tet!", nak isi minyak pulak. Tengah gostan kereta, dah ingatkan diri sendiri, "Minyak belah kiri, minyak belah kiri". Pastu dapat satu pam kosong, dah pergi bayar dah pun, masa nak isi tu, "Lah, salah belah!" 😆 Terpaksalah rapatkan kereta dengan pam, supaya sampai nozel tu hahaa. 

Seterusnya, makanan kucing dan sanitizer. Biasalah, kalau masuk kedai, mesti ambik habuan satu untuk diri sendiri, hehe. Nah!



Sedap! Saja cuba, lepas ni boleh beli lagi 😋 Teringin nak rasa susu pisang GoodDay~ 

Akhir sekali (haaa, ikut ASSDAK* tak? Hehe, teringat Cikgu 4 a.k.a. Arbaayah), buah! Kena selalu makan buah sekarang, asyik sembelit/buasir je. Pergi kedai buah yang biasa pergi tu, tutup pulok! Kesimpulannya (yes!😂), pergi beli jus buah je. Tapi boleh pulak lawan arus masa nak pergi kedai tu, hahaa, sedangkan hampir hari2 lalu situ 😅

Demikianlah topik kita pada hari ini, eh, jadi cikgu pulak! Hihi. 

Anekdot
Cikgu : Balik rumah buat muka surat 17, nombor satu dan dua sahaja ya~
Murid: Baik cikgu! (dengan gembiranya, sebab sikit je)

Murid pulang ke rumah.

Murid: Mak, nak pergi main bola jap!
Mak   : Haa, kerja sekolah dah siap ke tuu?
Murid: Alamak, okay2, sekejap je siap ni. *membuka halaman 17*

Soalan nombor 1 be like

Murid be like



* ASSDAK ini digunakan dalam karangan Bahasa Melayu sebagai err..err...penanda wacana!(baru lepas Google)

A.S.S.D.A.K.



Jangan malu2 nak komen tau!

0 orang comel:

Post a Comment

Jom kita ramai2 komen, jom!