RAKUEN I NIKKI

TENGOK APA TUUU??

27 February 2015

Sampai~ Tiba~

~Assalamu'alaikum~

Hai semua, hahah (syok sendiri). Kini dah tiba di 'kampung' saya~~ Tak boleh bagitau kat mana, nanti ada pula penghendap nya nanti, heheh (perasan betul lah). Tadi sebelum bertolak tu, pergi ke pejabat Mak dulu, sebab ada majlis persaraan kawan Mak aku, Mak Cik Norsiah~ Dia berumur lebih setahun je daripada Mak~ Jadi tadi dapatlah makan kek kegemaranku, heheh (motif tersembunyi)~ CHOCOLATE INDULGENCE!!! Yumm!! Lama sangat tak makan, jadi lepas suapan pertama tu, wah, rasa seronok sangat! Hahah, Alhamdulillah~~
Nah, aq bagi rasa sikit, heheh. Jilatlah skrin tu xP


Macam mana? Lazat kan? Memuaskan nafsu makan kan? hahah. Apapun, lepas tu, kitorang bertolak lahh~~ 

Dalam perjalanan kat lebuhraya, bunyi 'srekk' tu muncul balik, huhu. Jadi mak bercadang berhenti kat R & R Temerloh, nak tengok kalau ada masalah kat kereta. Masa tengah cari parking, tetiba ternampak kawan2 Mak yang dalam perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron hari ni~ Mak pun ambil lah kesempatan ini untuk bertanya kepada kaum2 Adam kat situ, maklumlah, para lelaki kan mesti tahu pasal hal2 kereta ni~ (kecuali aku, huhuh) Mak pun tanya lah, rupa-rupanya tali kipas tu haa, ada masalah. Mereka bagi cadangan, suruh letak lilin kat tali tu~~ Mak pun 'okay' je lah, jadi kami pun teruskan perjalanan. Masa kat Lebuhraya Karak, jalan dari KL-Kuantan sangatlah sesak!! Mak kata, orang 'Ganu dengan Kelate' balik ke negeri masing2~ 

Lepas tu kitorang ambil lah Kakak dan Iwan di tempat2 mereka~~ Dan kami pun tiba, Alhamdulillah, dengan selamat di destinasi. 
-TAMAT- :P

# Nikmat dunia hanya sementara. Kadangkala kita tidak menyedarinya kerana hati dilumuri dosa. Oleh itu, jagalah hubungan dengan Allah dan dengan izin-Nya, nikmat dunia(yang baik2) dan nikmat akhirat dapat dikecapi~~

(Eceh, siapalah aku nak katakan ini kepada orang lain~ Aku lagi teruk, hahah.)



Jangan malu2 nak komen tau!

0 orang comel:

Post a Comment

Jom kita ramai2 komen, jom!